Interview Juruteknologi Makmal Perubatan U29 di UPM, Serdang.

Alright Hai Assalamualaikum semua :)

I baru je lepas konvo dua minggu lepas. Dulu study dekat uitm penang amek diploma teknologi makmal perubatan for 5 semester. Biasa lah uitm kan gap konvo dia setahun. Oktober 2016 dah habis dah praktikal and presentation fyp semua. So bermula lah fasa menanam anggur tu kan. Masa tu laa duk pikir nak further ke nak kerja. But still takde jawapan. Hmm biasalah kalau pasal future ni memang masing2 pening nak pikir. Okay so just follow the flow lah. Upu apply, kerja pun apply jugak. Tapi malangnya upu salah mohon so terlepas (mungkin ni petunjuk ye lah sbb nk follow the flow kan). Then ada apply spa, ukm and upm. Alhamdulillah dpt emel dari spa dapat intervien Pembantu tadbir. Okay mmg nak pegi la kan walaupun tu jawatan spm, mana tahu ada rezeki kerja dari bawah. Then seminggu lepastu, dapat pulak emel dari upm panggil interview. Ya Allah frust gila sebab tarikh interview tu SAMA! Kenapa lah dlm banyak2 hari, nak tarikh tu jugak. So i need to decide nak pergi iv yang mana. My parents mmg tak kisah n bagi i buat decision sendiri. I ada jugak tanya pendapat my siblings, they prefer upm. And hati i pun more to nak pegi yg upm. Then, i pun pegi la iv yang upm punya :')

Okay so, meh nak share pengalaman iv kat upm. Mana tahu ada yang dapat iv kerja situ boleh la kan buat preparation.

1. BEFORE

Dekat emel tu dia ada attach siap siap iv checklist tau. Means apa yang dia nak kita prepare utk dibawa masa iv and salinan sekali. Checklist tu wajib print tau sebab nak attach sekali dekat salinan salinan yang dia nak tu. Letak kat depan sekali and tick mana yang ada. Contoh yang dia listkan macam kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil akademik ijazah/diploma etc and sijil sijil sekolah kita. Lepastu lekat lah gambar kat atas tu. Siap! Simple and easy je. Check banyak kali okay jangan ada yang tersilap and tertinggal.

Untuk yang original punya sijil, susun elok elok dekat file. Kalau boleh file yang ada banyak banyak plastik tu then masukkan je sijil dlm tu. Senang panel nak tengok. Susun ikot dalam checklist tu tau. I/c pun kena letak dlm tu make sure la tak cicir. Then, nak lagi nampak tersusun, letak lah macam mini sticky note kat tepi tu bahagian diploma, spm, pmr and uspsr supaya mudah panel tu. Mana lah tahu dpt sejukkan hati dorang kan. Hehe.

Tulisan buruk............... korang print la lagi cantik. I malas haa mcm ni la jadinya =.=

Okay settle preparation untuk dokumen, now preparation untuk diri pulak. Maksudnya study lah sikit untuk soalan soalan yang akan ditanya. Google. Tak kisah lah dapat ke tak soalan yang sama. Asalkan kita dah bersedia dgn jawapan yg akan kita nak jawab. Macam i pun, banyak la i jumpa bila google. Ambik soalan soalan tu and buat jawapan kita sendiri. Tulis kat small paper and compile kan. Nanti pegang je laa kat tangan. Lepastu jangan lupa praktis! Practice makes perfect okay. So praktis la sikit cakap nanti takdelaa gagap en en en.



2. D-DAY

Mostly iv akan buat pagi. Macam i, i punya alamat melaka. So a day before tu dia ada call suruh datang awal esok sebab at the same time ada perasmian konvo upm. Nak elak sesak, dia suruh datang 30 minit awal. So yeah i arrive on time walaupun jem sikit huhu. I pakai baju kurung je. standard laa kan iv. Formal. Then sampai je kat tempat iv tu tingkat 3, bagi dokumen file sijil ori dengan yang salinan dekat petugas kat situ, sign attendance then tunggu lah turn kita dengan tenangnya hahaha.

Dari pengalaman iv yang i pegi ni, dia suruh masuk dua orang sekali. Tap disebabkan total nombor ganjil and i kena yang last sekali so i punya turn masuk 3 org sekali. Erm lama tak iv tu? Depends la. untuk first couple tu sekejap je dlm 10 minutes. Second couple lama 30 minutes. Third couple lagi lama dalam 45 minutes camtu. And turn i dlm 30 minutes jugak tak silap. Tak sure huhu.

Alright so dah sampai turn i masuk. Masuk tu ketuk pintu and senyum. Jangan duduk selagi dia tak kata 'sila duduk'. Ingat tu! Basically ada 4 panel. Dorang take turn tanya soalan. So ni lah soalan soalan yang dia tanya i. Ni apa yang i ingat je tau. Ada yang lupaa hihi.

Q1 : Sila perkenalkan diri anda.
Q2 : Kenapa tak sambung degree?
Q3 : Apa sebenarnya tugas juruteknologi makmal perubatan (mlt) ?
Q4 : Apakah antara risiko bekerja sebagai mlt ?
Q5 : Apa yang anda tahu tentang demam kepialu ?
Q6 : Berapakah normal range untuk glucose test ?
Q7 : Cerita sikit tentang renal function test.
Q8: (Dia bagi situasi) Saya buat check up di dua tempat pakar. Tetapi dapat keputusan ujian yang berbeza. So mana satu saya nak percaya pada pendapat anda ?
Q9 : Why UPM should hire u as mlt ? (kena jawab dlm english)
Q10 : Kenapa nak kerja di UPM ?

Actually ada lagi. Tapi sumpaa lupa. Soalan yang dia tanya kat calon lain pun lupa jugak! Sorry korang!! Sorry saaaaaaaangat hee.

Okay lepas semua panel dah habis tanya, dia akan tanya ada soalan tak? Haaa time ni korang tanya laa pape. Bila dapat tahu keputusan ke apa ke haaa tanya lah jangan malu malu. Untuk i punya iv ni belum dapat keputusan lagi. Dia kata 3 bulan lagi baru dapat tahu. WHY.SO.LONG.HMM.

3. AFTER

TAWAKKAL DAN DOA JE LAH BANYAK BANYAK SUPAYA LEPAS AND DIPANGGIL NANTI KAY.

Tu je lahhh tips and cerita i pasal iv upm ni. Korang yang ada iv keje tuu goodluck k! Takyah nervous sangat just do your best ;)

Lots of Love, Hazirah Mohd.





Comments

  1. salam akak..nak tanya..macam mana nak pm akak ek?..sy ad nk tnya sikit psl course ni..plisss akak..nak tau sangatttt

    ReplyDelete
  2. So,after this iv they hire u?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Consultation at Dr. KO Skin Specialist

Program Teknologi Makmal Perubatan (MLT)